TZ Bakery House merupakan sebuah syarikat makanan segera (karipap, donat, roti goreng, roti hotdog) & sedia siap (dadih, pizza, puding dan sebaginya). Ia berkonsepkan Halallan Toyyiba (Halal dan baik). Ianya ditubuhkan pada tahun 2010. Pada awal penubuhannya, TZ Bakery House hanya menjual kuih muih di rumah. Jualannya lebih tertumpu kepada jiran tetangga, saudara mara, kenalan dan sahabat handai. Namun begitu disebabkan kuih-muih yang dihasilkan itu memuaskan hati pelanggan, hari demi hari permintaannya semakin meningkat. Ianya lebih mendapat tempat apabila ada acara seperti perayaan, keramaian, perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.
Selain kuih-muih yang di pasaran, ia juga mempertingkatkan produktiviti dengan penjualan kek yang terjamin halal. Bahan-bahan yang digunakannya disemak berulang kali bagi terjamin kesahihan halal tersebut. Kualiti barangan sangat ditekankan dalam penghasilan produk, ianya bertujuan supaya pelanggan berpuas hati terhadap bayaran yang dikenakan. Sebagaimana yang pernah di ucapkan oleh Steve Job usahawan nombor satu dunia "Quality is more important than quantity. One home run is much better than two double." yang membawa maksud “Kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Sebuah rumah yang dikendalikan adalah jauh lebih baik daripada dua." TZ Bakery House sentiasa cuba mencapai apa yang dikehendaki pelanggan, sama ada dari segi produk baru atau kualiti ke arah yang lebih baik. Selain daripada itu terdapat banyak lagi produk-produk makanan yang dijual bersama seperti dadih, marfin dan roti berinti. TZ Bakery House adalah syarikat yang mempunyai kepelbagaian pilihan makanan.
Kami juga mengeluarkan produk-produk yang diubahsuai kepada yang lebih baik mengikut citarasa pelanggan iaitu karipap yang berbagai inti seperti ubi, sardin, ayam, daging, udang, sotong dan juga sayur. Kami menggunakan barangan HPA yang julung kalinya diguna pakai oleh syarikat-syarikat permakanan yang lain. Walaupun bahan yang digunakan agak mahal, namun ianya tetap memilih untuk menjaga kualiti produk. Walaupun produk tersebut masih baru dipasaran namun penerimaan pelanggan sangat memuaskan kerana pengeluaran produk tersebut juga diatas permintaan pelanggan itu sendiri. Dari segi jualan pula TZ Bakery House menggunakan sistem fleksible, seperti, pelanggan boleh membeli di rumah atau di pasar-pasar minggu, pelanggan juga boleh menempah melaui telefon juga internet, kerana beliau menyediakan sistem penghantaran ke rumah-rumah. Bagi penghantaran, TZ Bakery House memilih bekas yang seimbang dan tahan lasak bagi memastikan kualiti barangan tidak terjejas atau rosak apabila sampai ke tangan pelanggan.
Kami juga sentiasa mengeluarkan barangan mengikut acara (event). Seperti hari ibu disyorkan makanan-makanan yang rendah lemak, kolestrol atau dalam erti kata yang lain makanan yang seimbang dan sesuai bagi kesihatan seorang ibu. Ianya bertujuan bagi memudahkan pelanggan membuat memilih produk mana yang terbaik untuk sesuatu acara. Pengurus TZ Bakery House, Ahmad Ramzi & Nor Hayati sering kali mengikuti kursus-kursus permakanan bagi mempertingkatkan ilmu yang sedia ada. Menghadiri pameran-pameran makanan halal bagi mengetahui informasi-informasi terbaru mengenai makanan baru yang terdapat di Malaysia. Apabila pulang ke rumah, beliau mengadakan takimat kepada pekerja-pekerjanya pula serta menunjukkan sendiri cara pembikinan yang betul. Ianya bagi memastikan kualiti tersebut tidak terjejas walaupun mempunyai pekerja yang baru.